Tuesday, October 7, 2008

cinta....( ^_^ )


Kasih…Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu. Rindu dedam terhadap mu semakin terasa. Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung.
Kekasih…Hanya bulan pengubat rindu ini. Seperti yang pernah aku katakan kepada mu lewat warkah-warkah ku, bilamana kau merindui ku pandang la bulan dan seru la nama ku. Kerana ketika kau merenung bulan disana aku juga sedang merenung bulan disini. Bila sang bulan menunjukkan dirinya ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak. Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu. Pastinya hangat sekali.
Kasih bila bulan tidak hadir di langit sana bukan bermakna aku tak rindu kepada mu. Tetapi mungkin bulan terlalu cemburu melihat betapa aku mencintai dan merindui dirimu. Kasih… aku rindu pada mu…






Pengertian cinta bagi setiap insan pasti berbeza. Tiada yang akan sama 100% walaupun untuk kembar seiras. Cinta…. betapa indahnya perkataan ini. Cinta boleh membuatkan kita gila… Gila dari segi negatif dan gila dari segi postif. Anda tertanya-tanya wujudkah gila positif? Bukankah semua gila itu gila negatif? Gila yang membinasakan?Tapi kenyataannya gila positif itu wujud… Raja yang membina Taj Mahal untuk kekasihnya itu dikategorikan orang gila negatif… gila cinta sehingga sanggup membunuh arkitek dan pekerja yang membina Taj Mahal demi untuk memastikan senibina Taj Mahal tidak ditiru. Di zamannya dia gila negatif kerana sanggup membunuh tetapi kini kerana kegilaannya India mempunyai salah satu keajaiban dunia.
Cinta ada banyak kategori. Tapi kita biasanya cenderung membicarakan tentang cinta antara kekasih. Suami isteri pun masih kekasih, berkasih diatas asas yang sah. Adakah cinta yang lain tidak penting? Tidak… bukan begitu tapi ya..cinta antara kekasih adalah cinta di ranking teratas di dunia ini. Remaja, dewasa dan orang berumur malah kanak-kanak semuanya tahu tentang cinta yang satu ini. Definisi cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata-kata. Tidak ada definisi yang tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu CINTA. Perasaan yang tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah CINTA yang kita sendiri gagal untuk mendefiniskannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul kita merasakan cinta.




Aku cinta kamu… I love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.
Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.
Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita.