ari ahad lepas, aku g angsana saje2 nak tgk fesyen show bridal2 pengantin... kebetulan ader plak pertandingan solekan rias pengantin... saje lah snappy2 guna camera compact olympus aku tu... cantik2 mekap dorang... tahniah jugak utk cik bra sbb berani masuk pertandingan mekap nieyh.. wpun x dpt top 5, tapi hasil solekan cik bra mmg cantik... putos nyawa dik...
Wednesday, August 19, 2009
Majlis Sambut Menantu Masz & Azhar @ taman warisan @ 09/08/2009


Lepas je abes majlis persandingan masz & azhar kat pekan nenas, belah malam nyer, masz call n mintak aku amek gamba utk majlis sambut menantu plak kat taman warisan esok nyer... oleh krn xder aper2 nak buat pd ari ahad, aku terima jelah....
nak citer skit lah... ekceli abg azhar (41 tahun ) kiter nieyh duda anak 3. arwah isteri nyer meninggal dunia tahun lepas sbb canser... oleh sbb masz (21 tahun) ader ciri2 ibu yg baek, maka mereka pun akhir nyer amek keputusan berkahwin... atas dasar kasih syg uolls........... alhamdulilah masz terus dapat 3 anak segera... lg pun anak2 abg azhar mmg manja ngan masz yg dipanggil "ibu"..
Majlis Persandingan Masz & Azhar @ 08/08/2009
Pada 08/08/2009 berlangsung nyer majlis pernikahan & persandingan pasangan masz & azhar kat pekan nenas. ekceli job foto nieyh emergency aku dapat dari Andaman Ru.. nak nikah kol 9pg, kol 8pg baru Andaman Ru call utk bg job. mule2 mcm mls nak amek, tapi sbb kenangkan borink dok umah, aku terima job nieyh.. lgpun dekat ngan umah aku... tenkiyu byk2 kat mak ru sbb bg job.. pengantin pun sporting n best...

Friday, August 14, 2009
SEMINAR PENGURUSAN HARTA @ MAHKAMAH SYARIAH @ 13/08/09
13/08/09 opis aku ader anjurkan Seminar Perancangan, Pengurusan & Perlindungan Harta kat Mahkamah Syariah Johor Bahru yang turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Ng. Johor. Seminar separuh hari nieyh bertujuan menyampaikan mesej2 tentang pengurusan harta yang betul menurut Islam.. So pd hari tu, aku, sidek, kintan, lina & ezad ditugaskan untuk membantu aper yg patut lah... Peserta seminar pula terdiri daripada Imam2, bilal2, AJK2 masjid & naib2 kadi sekitar Negeri Johor. Majlis pula telah dirasmikan oleh Ketua Hakim Syarie Ng Johor. Layan jelah gamba2 yg ado nieyh k..
Monday, August 10, 2009
H1N1 @ selsema babi @ selsema khinzir @ selsema binatang kaki pendek @ selsema haram
saje je nak story mory kat sini pasal H1N1 @ selsema babi laknat @ selsema khinzir @ selsema binatang kaki pendek @ selsema haram..... dah ramai sgt yg kena n ramai plak yg mati.. sedih kannnn??? adik aku pun dah masuk hospital & disahkan positif H1N1... motip aku pakai mask nieyh adalah keprihatinan pihak pengurusan opis aku untuk kepentingan kesihatan staff nyer... so terpaksa lah jugak aku posing yg ala2 "the mask of zorro" nieyh... ko ado????
so korang sume pun kena lah jugak jg kesihatan & langkah2 keselamatan dengan pakai mask, g hospital kalo demam & kurangkan jalan ditempat awam.. dok umah @ opis bercekpat xper.. lalalala
Monday, August 3, 2009
FotoShoot Aida @ Taman Impian Mas @ 26/07/2009
hello sume..... entry kali nieyh, iols nak mempromotekan model baru yg sedang meningkat naek... nama nyer aida a.k.a amber chia palsu ... konsep nyer "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" amek kau!!
pada saper2 yg nak gunakan khidmat model nieyh, boleh koling2 iols nah.... **matile** sejak bilek plak aku jadik agensi...
gambo2 yg ader nieyh telah dirakam oleh jurufoto yang juga baru mencipta nama kat arena dunia fotografi... tak lain tak bukan ... mr. alham a.k.a ratu gunung pulai.. **matile kena carot** mekap nyer plak, kalo x silap oleh karen @ caren

pada saper2 yg nak gunakan khidmat model nieyh, boleh koling2 iols nah.... **matile** sejak bilek plak aku jadik agensi...
gambo2 yg ader nieyh telah dirakam oleh jurufoto yang juga baru mencipta nama kat arena dunia fotografi... tak lain tak bukan ... mr. alham a.k.a ratu gunung pulai.. **matile kena carot** mekap nyer plak, kalo x silap oleh karen @ caren

Tuesday, July 28, 2009
Miss JumBo Universe 2009 @ Federal Hotel Bukit Bintang @ 26/07/2009
Pada 26/07/2009 telah berlangsung nyer Majlis Gilang Gemilang untuk menobatkan MISS JUMBO UNIVERSE 2009. Majlis telah berlangsung dengan meriahnyer kat Federal Hotel Bukit Bintang tepat pukul 9.00 malam. Seramai 15 jelitawan JUMBO seluruh dunia telah beraksi pada malam bersejarah itew... Iols hanya lah sebahagian daripada penyokong MISS Thailand iaitu Miss Viviana Ngampan Sring dan MISS Sri Lanka iaitu Miss Aruni Rajapaksha. Pada malam itew Miss Thailand telah mendapat tempat ke 5. Manakala Miss Sri Lanka telah mendapat hadiah iringan iaitu MISS FOTOGENIC.
Berikut adalah senarai Pemenang:-
MISS JUMBO UNIVERSE 2009 - MISS ZIMBABWE
1ST RUNNER-UP - MISS SOUTH AFRICA
2ND RUNNER-UP - MISS INDIA
3RD RUNNER -UP - MISS MALAYSIA
4TH RUNNER - UP - MISS THAILAND
Subscribe to:
Posts (Atom)